Bismillahirrahmanirrahim

29 Juni 2011

Wahai Hawa…. Kenapa.. engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu ? Kenapa.. mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya ? kenapa.. masih segan mengamalkan isi kandungan-nya ? dan kenapa.. masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya ?

Wahai Hawa…. Sadarlah.. Tangan yang mengoncang buaian.. boleh mengoncang dunia, kau boleh mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!! yakni yang Shaleh dan Shalehah, kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.
Tapi hawa.. Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lekuk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa … Jangan sesekali coba menarik perhatian kaum Adam yang bukan Suamimu..kerana aku khawatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHAYA! Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan.. kerana wanita ialah jala syaitan, Alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam.

Hawa, Andai engkau masih remaja.. Jadilah anak yang Shalehah Buat kedua ibu bapamu, Andai engkau sudah bersuami.. Jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, Andai engkau seorang ibu.. Didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.

Hawa, Andai engkau belum menikah, Jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji Rabb kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan martabatmu.. hanya semata-mata karena seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan lekuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya.

Wahai Hawa… Jangan sesekali kau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan mahram karena aku kuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan… takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa … Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Shaleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Wara’ tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka. Tetapi hawa … Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinny.

Oleh itu Hawa … Jagalah pandanganmu, Jagalah pakaianmu, Jagalah akhlakmu, Kuatkan pendirianmu… Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, Cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa … Cintailah ALLAH.. Dikala susah dan senang karena kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu, karena kau akan memperoleh keridhaan ALLAH TA”ALAA Cintailah keluargamu.. karena tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa … Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam menggapai keridhaan ILAHI. Jangan sesekali.. tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.


Artikel Terkait: